Tuesday, April 27, 2010

KEPUTUSAN SETAKAT 3.30 PETANG

Pertandingan akhir sedang berlangsung-

SMK Dato' Lela Pahlawan Vs SMK Sultan Ahmad Tajudin, permainan dalam masa tambahan.
Keputusan semasa seri 1 - 1

KEJOHANAN BOLA BALING MSSD KBB 2010

Kejohanan bola baling peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu sedang berlangsung di Padang SMK Labu Besar. Hari pertama (27 April 2010) kejohanan kategori perempuan telah dijalankan.

Senarai sekolah-sekolah yang masuk pertandingan:-
1. SMK Sultan Ahmad Tajudin
2. SMK Junjung
3. SMK Labu Besar
4. SMK Taman Kenari
5. SMK Taman Jelutong
6. SMK Tunku Panglima Besar
7. SMK Padang Serai
8. SMK Sungai Kob
9. SMK Dato' Lela Pahlawan
10. SMK St. Anne's Convent (tarik diri)
11. SMK Lunas
12. SMK Selama


Tuesday, March 23, 2010

Sambutan Hari Lahir Pengetua Yang Ke-53

Tadi, pukul 8.00 pagi telah diadakan majlis sambutan hari lahir Tuan Pengetua yang ke-53. Majlisnya agak meriah dengan dimulai bacaan doa oleh Ustaz Farid dan diikuti dengan upacara pemotongan kek dua tingkat.

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Selamat Hari Lahir!!!!!!!!!

Tuesday, February 2, 2010

Sukantara

Sukantara telah diadakan pada 1 dan 2 Februari 2010 dengan jayanya pada sebelah petang. Sekali lagi nampaknya Rumah Bendahara mendahului tiga lagi rumah dan mengaut mata tertinggi dan telah diisytiharkan sebagai JOHAN sukantara kali ini. Pungutan matanya adalah seperti berikut.
RUMAH BENDAHARA - 219 mata
RUMAH TEMENGGUNG - 209 mata
RUMAH PANGLIMA - 199 mata
RUMAH LAKSAMANA - 176 mata

P/S : Sorry gambar sekitar acara nanti upload. Tengah sibuk buat soalan ujian.

Saturday, January 23, 2010

Kejohanan Merentas Desa

Salam,
Pagi tadi iaitu 23 Januari 2010, telah diadakan Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah. Pada kali ini pertandingan diadakan antara rumah sukan. Acara bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Secara keseluruhan Rumah Bendahara menjadi JOHAN dan Rumah Temenggung menjadi NAIB JOHAN.


Para pelajar menunggu untuk dilepaskan oleh Pengetua di garisan permulaan.


Peserta perempuan terawal dan peserta lelaki yang paling awal/cepat.


Suasana di akhir trek, di garisan penamat dan ketibaan para peserta.

Suasana di majlis penyampaian hadiah.



Naib Johan (Rumah Temenggung) Johan (Rumah Bendahara)

Rumah Laksamana dan Rumah Panglima lipatkan usaha anda dalam sukan tara untuk memastikan anda tidak ketinggalan jauh daripada rumah-rumah lain. Pulun Labu pulun.

Sunday, January 17, 2010

Sorry

Salamx,

Sorry, tu sahaja perkataan yang boleh diucapkan kepada semua folower blog ini. Sebenarnya dah lama admin blog ini sibuk sehingga tak sempat mengemaskini blog. Apa-apa pun, sekolah trelah bermula dua minggu. Esok masuk minggu ketiga dan pelbagai perkara telah berlangsung. Antaranya pilihanraya exco badan pengawas sekolah pada rabu lepas. Safizani telah berjaya meraih undi dan dipilih menjadi ketua pengawas berpasang dengan Safawati. Meriah jugak suasana. Itu sahaja yang dapat dilaporkan kali ini. InsyaAllah dilain kesempatan laporan akan lebih telus lagi.

Sekian,
Selamat kembali ke sekolah

Tuesday, December 8, 2009

Perkhemahan BAKP Pandu Puteri Negeri Kedah

Bermula 3 Disember seramai lebih kurang 120 peserta pandu puteri seluruh kedah mengadakan perkhemahan di SMK Labu Besar. Antara tetamu jemputan adalah Tengku Suraya, puteri Sultan Kedah sebagai perasmi. Program berakhir pada 6 Disember 2009.