Tuesday, December 8, 2009
Perkhemahan BAKP Pandu Puteri Negeri Kedah
Bermula 3 Disember seramai lebih kurang 120 peserta pandu puteri seluruh kedah mengadakan perkhemahan di SMK Labu Besar. Antara tetamu jemputan adalah Tengku Suraya, puteri Sultan Kedah sebagai perasmi. Program berakhir pada 6 Disember 2009.

Wednesday, October 28, 2009
Gazebo Ranap

Lebih kurang pukul 1.15 tengah hari, pondok bacaan depan sekolah runtuh dan ranap menyembah bumi. Pondok bacaan/Gazebo menjadi tempat rehat dan tempat pelajar belajar dalam kumpulan yang kecil. Tiupan angin sebelum hujan menjadi punca pondok bacaan itu runtuh. Menurut seorang pelajar tingkatan 5, Mat Isa Ibrahim beliau bersyukur kerana sempat lari keluar sebelum pondok bacaan itu runtuh.
Bunyi runtuhan yang sangat kuat, boleh didengar oleh kebanyakkan guru dan pekerja yang bertugas ketika itu.

Cikgu Isa Yob meninjau runtuhan pondok bacaan. "Syukur kepada Allah tiada apa-apa kecederaan yang berlaku pada anak-anak pelajar sekolah".
Monday, October 26, 2009
Perkhemahan Perdana Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan
Satu perkhemahan telah diadakan bermula hari ini 26 Oktober 2009 untuk semua unit beruniform, kelab serta persatuan yang terdapat di SMKLB. Setiap unit menghantar 2 atau 3 orang peserta. Lebih kurang 120 orang peserta telah mengambil bahagian. Perkhemahan telah diadakan di padang sekolah. Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena perkhemahan tersebut. Pasukan JPA3 Kulim telah dijemput sebagai fasilitator. Diharapkan perkhemahan ini dapat mewujudkan jati diri dalam kalangan pelajar serta melahirkan semangat 1Malaysia.

Peserta sedang mendaftar. Laa, lepas daftar kena baris pulak!

Jomm, pi tengok tang mana kita dok.. Hangpa kena khemah mana????

Cepat pasang, malam sat g tak leh nak tido kalau tak siap. Usung cepat!!

Woi, tingginya. Nanti la sat. Gayat ni!

Tak pa ke ni bang. Tak putus ke tali ni. Haa, cepat. Turun elok-elok......,

Wednesday, October 21, 2009
Lawatan Penanda Aras Tingkatan 6
Pada 21 Oktober 2009 satu rombongan diketuai oleh PK Kokurikulum Cikgu Abu Zaki bersama C. Sahabanu, C. Asri, C. Mohd Zaini, C. Zul Bakar, C. Malek, C. Norlina dan C. Azlina telah bertolak ke SMK Sri Kampar Perak untuk melihat dan mempelajari cara pelaksanaan Program Tingkatan 6 (Pra U). Pelbagai perkara dipelajari dan akan dibawa balik serta diaplikasikan di SMK Labu Besar. Semoga Warga Pra U SMK Labu Besar mampu menjulang nama sekolah.
Bersama-samalah kita berdoa.
Gambar Sekitar Lawatan

Khusuk mendengar taklimat Sempat bergambar kenangan

Antara kemudahan untuk kegunaan pelajar PRA U SMK Sri Kampar
Bersama-samalah kita berdoa.
Gambar Sekitar Lawatan
Khusuk mendengar taklimat Sempat bergambar kenangan
Antara kemudahan untuk kegunaan pelajar PRA U SMK Sri Kampar
Tuesday, October 6, 2009
Peperiksaan PMR
Esok, 7 Oktober adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh para pelajar tingkatan 3 kerana esoklah PMR akan berlangsung. Kepada semua pelajar Tingkatan 3, selamat menduduki peperiksaan PMR. Selamat menjawab dan semoga beroleh kejayaan cemerlang dan seterusnya mampu menjulang nama SMKLB.
Selamat menduduki PMR.
Semoga kejayaan berada di pihak anda.
Semua guru merestui anda dan mendoakan kejayaan anda.
Labu Boleh!!!!!!!
Selamat menduduki PMR.
Semoga kejayaan berada di pihak anda.
Semua guru merestui anda dan mendoakan kejayaan anda.
Labu Boleh!!!!!!!
Monday, October 5, 2009
Sambutan Gema Syawal 1430H
Selamat Datang aka Welcome!!!!!!!!
Pada 1 Oktober 2009 SMK Labu Besar telah menerima pengetua baru setelah sekian lama sekolah tidak berpengetua. Selamat datang diucapkan kepada pengetua baru SMK Labu Besar, Puan Rosnah dari SMK Bakar Arang Sungai Petani Kedah. Diharapkan semoga kehadiran pengetua baru ini mampu melonjakkan lagi nama SMK Labu Besar sebaris dengan sekolah-sekolah tersohor daerah Kulim.

Selamat Datang!!!!!!!!!
Pengetua bermesra dengan para guru

Sempat bermesra dengan pelajar
Selamat Datang!!!!!!!!!
Sempat bermesra dengan pelajar
Saturday, September 19, 2009
Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya aidilfitri kepada semua warga SMKLB. Semoga bergembira menyambut aidilfitri. Salam kemaafan buat semua.
Saturday, August 22, 2009
Kembara @ Konvoi Merdeka
Selepas pelancaran bulan kemerdekaan, pada 20 Ogos 2009 telah diadakan pula konvoi bermotosikal ke beberapa buah sekolah seperti SK Labu Besar, SK Kg Selarong, SMK Bakai dan SK Malau. Beberapa aktiviti telah diadakan ketika berada di tempat itu. Konvoi disertai oleh semua pelajar PPUB(T6) dan beberapa orang guru.
Sambutan Bulan Kemerdekaan
Pada 19 Ogos 2009, Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan telah disempurnakan oleh PK1 Cikgu Pa. Banyak jugak program telah diadakan.

Nyanyian Lagu Patriotik Oleh Eda Azira dan Sakinah

Para pelajar Pendidikan Moral membuat persembahan diketuai oleh Ramesh
Kalau nak tengok cikgu labu baca sajak 1 Malaysia ikut sini la.
http://www.youtube.com/watch?v=2kscrWtdQFg

Wednesday, July 22, 2009
Aktiviti Bulan Kecergasan SMKLB 2009
Pada 22hb Julai 2009 telah berlangsung sambutan bulan kecergasan peringkat Sekolah Menengah Labu Besar. Ini merupakan task yang pertama Penolong Kanan KoKurikulum yang baru dilantik iaitu En. Abu Zaki bin Romli.

En. Abu Zaki bersama PK Ting 6(Pn. Shahabanu) dan Ustaz Zakri ke Padang untuk menjayakan Senam Seni dan Big Walk

Tn. Hj. Baharon sedang mengedar brosur kepada guru.

Sesekali senamrobik apa salahnya...untuk kesihatan.

En. Abu Zaki bersama PK Ting 6(Pn. Shahabanu) dan Ustaz Zakri ke Padang untuk menjayakan Senam Seni dan Big Walk

Tn. Hj. Baharon sedang mengedar brosur kepada guru.
Sambutan bermula dengan aktiviti senam seni atau kita selalu sebut senamrobik.... semua guru terlibat dan nampak happy.....berpeluh dan sihat.

Badan sihat otak cerdas ...... pelajaran meningkat

Badan sihat otak cerdas ...... pelajaran meningkat

Sesekali senamrobik apa salahnya...untuk kesihatan.
Selepas itu semua pelajar SMKLB dan guru berjalan (BIG WALK) mengikut trek yang telah ditetapkan. Aktiviti big walk ini telah dilepaskan oleh PK Kanan Pentadbiran Tn. Haji Mustafa bin Ahmad
PK Pentadbiran sedang melepaskan pelajar

Big walk - pelajar perempuan, guru dan pelajar lelaki

Ajk minuman menyediakan minuman kepada semua pelajar dan guru...he he he terima kasih
PK Pentadbiran sedang melepaskan pelajar

Big walk - pelajar perempuan, guru dan pelajar lelaki

Ajk minuman menyediakan minuman kepada semua pelajar dan guru...he he he terima kasih
Subscribe to:
Posts (Atom)