Sekarang PPUR sedang dalam proses orientasi. Lebih kurang 60 orang pelajar telah mendaftar.
Selamat belajar dan semoga kalian mampu menjulang nama SMKLB setaraf dengan pelajar PPU 2005
Tuesday, May 26, 2009
Tuesday, May 19, 2009
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
Kepada semua pelajar SMK Labu Besar, selamat menduduki peperiksaan pertengahan tahun 2009. Kami berharap pelajar semua lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan yang sedang anda hadapi kini.
Bagi pelajar-pelajar menengah rendah (tingkatan 1 - 3) peperiksaan anda akan bermula mulai 24hb Mei 2009.
Bagi pelajar-pelajar menengah rendah (tingkatan 1 - 3) peperiksaan anda akan bermula mulai 24hb Mei 2009.
Monday, May 11, 2009
Selamat Hari Guru
16 Mei tiba lagi. Sesungguhnya tarikh keramat tersebut merupakan suatu tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh setiap insan yang bergelar guru. Sekali menjadi guru selamanya mekar dalam diri sebagai pendidik
Malklumat lanjut tentang hari guru
Lagu hari guru 2009
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG1979

Saturday, May 9, 2009
Persaraan Pengetua
Esok adalah hari terakhir Pengetua Puan Zaleha Bt Lebai Hamed berada di SMKLB. Selamat Bersara diucapkan semoga berbahagia dengan suami tercinta.
Kami warga SMKLB sering mengingatimu.
Ketua murid Mohd Helmi B. Hashim PPUA 1 sedang memeberikan ucapan penghargaan dan perpisahan kepada Pengetua.
Kami warga SMKLB sering mengingatimu.
Ketua murid Mohd Helmi B. Hashim PPUA 1 sedang memeberikan ucapan penghargaan dan perpisahan kepada Pengetua.
Wednesday, May 6, 2009
MUET
Esok, 7 Mei dan 11 Mei, pelajar PPU akan menduduki peperiksaan MUET speking. Selamat menduduki peperiksaan dan semoga semua beroleh kejayaan cemerlang. Sekurang-kurangnya mendapat Band 3.
Semua guru SMKLB mendoakan kejayaan anda. LABU BOLEHHHH!!!!!!!!
Semua guru SMKLB mendoakan kejayaan anda. LABU BOLEHHHH!!!!!!!!
Friday, May 1, 2009
Selamat Hari Pekerja dan Selamat bercuti
Sempena hari pekerja kepada semua guru dan kakitangan sekolah smklb. Kami juga mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga SMKLB termasuk anak-anak pelajar yang disayangi.
Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei).....more
Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei).....more
Subscribe to:
Posts (Atom)