Saturday, January 23, 2010

Kejohanan Merentas Desa

Salam,
Pagi tadi iaitu 23 Januari 2010, telah diadakan Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah. Pada kali ini pertandingan diadakan antara rumah sukan. Acara bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Secara keseluruhan Rumah Bendahara menjadi JOHAN dan Rumah Temenggung menjadi NAIB JOHAN.


Para pelajar menunggu untuk dilepaskan oleh Pengetua di garisan permulaan.


Peserta perempuan terawal dan peserta lelaki yang paling awal/cepat.


Suasana di akhir trek, di garisan penamat dan ketibaan para peserta.

Suasana di majlis penyampaian hadiah.



Naib Johan (Rumah Temenggung) Johan (Rumah Bendahara)

Rumah Laksamana dan Rumah Panglima lipatkan usaha anda dalam sukan tara untuk memastikan anda tidak ketinggalan jauh daripada rumah-rumah lain. Pulun Labu pulun.

Sunday, January 17, 2010

Sorry

Salamx,

Sorry, tu sahaja perkataan yang boleh diucapkan kepada semua folower blog ini. Sebenarnya dah lama admin blog ini sibuk sehingga tak sempat mengemaskini blog. Apa-apa pun, sekolah trelah bermula dua minggu. Esok masuk minggu ketiga dan pelbagai perkara telah berlangsung. Antaranya pilihanraya exco badan pengawas sekolah pada rabu lepas. Safizani telah berjaya meraih undi dan dipilih menjadi ketua pengawas berpasang dengan Safawati. Meriah jugak suasana. Itu sahaja yang dapat dilaporkan kali ini. InsyaAllah dilain kesempatan laporan akan lebih telus lagi.

Sekian,
Selamat kembali ke sekolah