
Lebih kurang pukul 1.15 tengah hari, pondok bacaan depan sekolah runtuh dan ranap menyembah bumi. Pondok bacaan/Gazebo menjadi tempat rehat dan tempat pelajar belajar dalam kumpulan yang kecil. Tiupan angin sebelum hujan menjadi punca pondok bacaan itu runtuh. Menurut seorang pelajar tingkatan 5, Mat Isa Ibrahim beliau bersyukur kerana sempat lari keluar sebelum pondok bacaan itu runtuh.
Bunyi runtuhan yang sangat kuat, boleh didengar oleh kebanyakkan guru dan pekerja yang bertugas ketika itu.

Cikgu Isa Yob meninjau runtuhan pondok bacaan. "Syukur kepada Allah tiada apa-apa kecederaan yang berlaku pada anak-anak pelajar sekolah".